Ahad, April 20, 2008

SEJARAH MYARTIS.COM

Myartis.com merupakan laman hiburan terbesar pada hujung 1996 dan kami merupakan laman hiburan/'majalah' online (bahan, gambar & berita original bukan dicedok) yang pertama di Malaysia sebelum wujudnya laman hiburan seperti octopus (bankrap), bluehyppo (tidak lagi membuat hiburan), Cari (awalnya cuma laman carian), Skali (tidak lagi membuat hiburan) dan sebagainya.

Awalnya kami hanya menggunakan URL www.angelfire.com/mb/artis dan www.angelfire.com/mb/bb sebelum membeli domain www.myartis.com pada tahun 2001.

Seterusnya pada tahun yang sama (2001), satu perjanjian (NDA) telah ditandatangani bersama Telekom Malaysia untuk menaja myartis apabila pihak TM sendiri agak 'terkejut' melihat laman hiburan myartis.com yang dipertonton di hadapan pegawai2 mereka.

Kami sebenarnya sudah mula 'online' sejak 1980..!


Namun, akibat sikap pilih kasih dan perjanjian tidak adil akhirnya ia memaksa myartis.com menarik diri daripada bergabung dengan TM meskipun banyak pertemuan & perbincangan telah dilakukan di Cyber Jaya & di bangunan Celcom di Jalan Semarak, KL. Bak kata pepatah, kami tidak mahu kerana hanya menang sorak, tapi habis kampung tergadai!

Ketika itu, myartis.com memuatkan pelbagai bahan seperti video, beribu gambar artis sejak berhingus, berita terkini, klip video secara live, cerita artis sejak kecil, misteri artis, peraduan, forum, alamat, no. telefon, biodata lengkap artis dan pelbagai lagi yang eksklusif. Malah wartawan myartis.com merupakan wartawan pertama yang menggunakan kamera digital (Sony Mavica) yang hanya memakai discket.

carian tahun 2003 di laman Cari - klik untuk baca


Pelawat myartis.com ketika itu telah mencapai jutaan orang sehari dari seluruh dunia. Ia melonjak apabila kami menyiarkan gambar-gambar perkahwinan Erra Fazira dan Yusry KRU beberapa jam selepas persandingan mereka.

Kemeriahan myartis.com kemudiannya terpaksa dihentikan pada 2004 kerana kos yang terlalu tinggi. Tambahan pula, di waktu itu pengguna internet kebanyakkannya hanya menggunakan dialing 1515.

Hanya pada tahun hujung 2007... barulah myartis.com menyambung kembali perjuangan yang terhenti itu atas sokongan banyak pihak. Bak kata pepatah, alang-alang menyeluk pekasam... biar sampai kepangkal lengan!!


SIAPA PENGASAS MYARTIS? 
Menceburi bidang kewartawanan sejak 1990. Membuat laporan Human Interest, Jenayah, Politik, Sukan dan akhir sekali Hiburan.

Wartawan pertama membuat artikel misteri dan buku misteri berdasarkan kisah benar yang disertai gambar-gambar original mangsa, pencerita, tempat kejadian dan sebagainya.

Wartawan pertama yang membuat kisah benar dan pengalaman hidup pengidap HIV Aids sebelum penyakit itu menjadi sebutan ramai.

Wartawan pertama yang menemubual bekas komunis wanita di Malaya, Allahyarhamah Shamsiah Fakeh (Ratu Rimba Malaya) di Gombak, Selangor selepas kembali semula ke Malaysia bersama suami dan anak-anak.

Wartawan pertama yang membuat artikel Romantika Hidup artis yang memuatkan gambar-gambar artis sejak kecil dan kisah suka duka mereka.

Wartawan pertama yang memujudkan laman hiburan secara online sejak 1997 yang diberi nama myartis tanpa tajaan mana-mana pihak.

Wartawan pertama yang menggunakan kamera digital (Sony Maveca) yang hanya menggunakan disket untuk kegunaan secara online.


Email kami : myartis@live.com.my.

Atau scan QR code ini:



:: TERIMA KASIH ::